BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,

Soalan saya: saya baru lepas bersalin, setelah darah nifas kering (anggaran dalam 50 hari selepas bersalin) , saya berpuasa untuk ganti puasa yang ditinggalkan sewaktu bulan ramadhan. Selepas 4 hari, saya dapati ada darah keluar lagi. Saya kurang pasti adakah darah itu haid atau nifas. Persoalan di sini, adakah puasa saya diambil kira atau terbatal?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan bahawa tempoh maksimum nifas bagi seseorang wanita adalah selama 60 hari. Dalam situasi yang dinyatakan, darah tersebut keluar masih dalam tempoh belum mencukupi 60 hari, maka ia dikategorikan sebagai darah nifas ditambah pula selang 4 hari sahaja daripada tempoh berhentinya darah sebelum ini. Ia belum mencukup tempoh minimum suci bagi wanita iaitu selama 15 hari, maka ia bukanlah darah haid. 

Justeru, ibadah puasa yang dilaksanakan dalam tempoh tersebut tidak dikira dan perlu digantikan semula. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image