BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..sy ingin mengajukan soalan tentang masalah rumah tangga saya..apakah tindakan yang boleh sy buat pd isteri saya apabila dapat tahu bahawa isteri saya curang dibelakang saya?saya dapat tahu dan dia sendiri mengaku penah terlanjur dengan lelaki lain..dia minta saya untuk maafkan dia,tapi saya bg dia syarat iaitu saya minta dia bertaubat dan ikhlas bersungguh-sungguh untuk berubah..tapi pada permulaan sahaja dia buat namun sekarang solat pun tidak mahu walaupun berkali-kali saya mengajaknya..dan setiap kali saya cuba untuk nasihat dia pasti akan melawan dan marahkan seperti tak suka untuk ditegur..apakah tindakan yang boleh saya buat pada isteri saya jika makin lama makin hilang rasa hormat dia pada saya sebagai seorang suami?patutkah saya menceraikan sahaja isteri derhaka seperti itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan; secara asasnya hukum berzina adalah salah satu daripada dosa besar di sisi Allah SWT selepas dosa mensyirikkan Allah SWT dan membunuh. Walau bagaimanapun, dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT kepada hamba-Nya, Allah SWT memberikan satu jalan untuk kembali kepada dengan jalan taubat. Berdasarkan Surah Al-Furqan ayat 68-71:

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا (68) يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا (69) إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (70) وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا (71)

Maksudnya: Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya (68) Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan (69) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (70) Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat (71)

Berbalik kepada kenyataan tuan yang menyatakan bahawa isteri tuan telah tidak melaksanakan syarat yang tuan tetapkan dan dia telah mula tidak hormat tuan sebagai suaminya, maka dalam hal ini adalah disyorkan tuan merujuk ke mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi membuat aduan untuk sesi khidmat nasihat atau sesi rundingcara kekeluargaan. Sesi ini akan membantu pasangan untuk mencari solusi secara bersama dalam menentukan hala tuju perjalanan rumahtangga mereka dengan dipandu dan dibimbing oleh panel-panel yang neutral dan berautoriti.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image