BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam tuan pada ketika peristiwa Israk Mikraj,nabi SAW pernah menjadi imam kepada para nabi.Soalan saya ketika itu para nabi telah wafat,adakah solat mereka dikira sebagai pahala?


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj adalah salah satu mukjizat terbesar Rasulullah SAW, di mana baginda telah diangkat ke langit dan mengalami peristiwa luar biasa termasuk menjadi imam solat kepada para nabi di Masjid al-Aqsa. Namun perlu difahami bahawa solat yang dikerjakan oleh Rasulullah SAW dan para nabi yang lain adalah berdasarkan pensyariatan pada saat itu yang mempunyai cara-cara tertentu sebelum diwahyukan solat fardu secara lima waktu kepada seluruh umat Islam dengan kaifiat yang khusus. Hakikatnya perkara ini adalah di bawah pengetahuan ilmu Allah SWT yang tidak dapat kita bayangkan bagaimana perlaksanaannya, namun sebagai umat Islam kita perlu beriman dan meyakini akan kebenarannya. Sesungguhnya para nabi mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Malah mereka juga memiliki keutamaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT berbanding dengan golongan yang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image