BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan pertama

Assalamualaikum.. dalam tempoh terdekat ni emosi saya tidak stabil..saya ada pergi buat rawatan Islam untuk berubat.dan terdapat gangguan sedikit keatas saya.. gangguan itu membuat saya tak berapa okay dengan suami.selepas rawatan tu.saya ada bertanya pada suami "benda"tu nak apa dengan kita?suami pun jawab"dia nak kita pisah"..adakah sudah jatuh talak suami berkata begitu?

Soalan kedua

Selepas itu saya bertanya kepada suami kalau cakap "kita pisah"tak jatuh talak ke?suami Pon jawab"kita pisah tak tahu lah jatuh ke tak..jatuh la kot..entah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada persoalan tersebut, jawapan suami berbunyi : "dia nak kita pisah", bukanlah lafaz talak dan tidak menyebabkan jatuh talak. Oleh kerana berlaku situasi gangguan dalam rumahtangga, mohon pihak puan dapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image