BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya ingin bertanya . Apa hukum jika seorang penjual itu meminta saya untuk bayar wang warranty untuk sebuah telefon , dan tiba tiba telefon saya telah mengalami satu kerosakkan yang dimana ia bukanlah dibawah warranty . Disebabkan telefon saya mempunyai kerosakkan yang bukan dibawah warranty , jadi saya telah kehilangan manfaat warranty tersebut . jadi bagaimana dengan wang warranty yang telah saya bayar itu ? Adakah penjual itu perlu memulangkan kembali duit warranty itu semula ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Waranti yang diterima bersekali dengan belian barangan adalah termasuk dalam al-Wa`d (janji) atau penjual mensyaratkan manfaat bagi pembeli atas barang yang dibeli, maka ianya adalah diharuskan.  Namun jika membeli waranti atau kad jaminan berasingan dari barang yang dibeli, seperti seseorang membeli barang tanpa waranti, lalu pembeli membeli kad waranti, ia tidak diharuskan. Ini adalah kerana ia terdapat unsur gharar atau ketidakpastian, iaitu sama ada waranti itu akan digunakan oleh pembeli atau tidak. Di samping itu, ia turut terdapat unsur perjudian. Kaedah Fiqh menyebut :

يغتفر في التابع ما لا يغتفر في المتبوع

Maksudnya: “Dimaafkan hukum benda yang mengikut, apa yang tidak dimaafkan pada yang diikut”

 

Adapun dalam situasi tuan, pembelian waranti telah pun dilakukan. Kebiasaannya, setiap waranti akan menyatakan jenis-jenis kerosakan yang dilindungi, maka ia tertakluk kepada terma dan syarat waranti tersebut. Tuan disarankan agar berhati-hati dalam berurusan jual beli agar tidak berlaku penipuan dan ketidakpastian dan memastikan ianya patuh syariah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image