BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mahu memberi hibah wang bersyarat kepada anak saya. Saya mahu wang itu disimpan dalam Tabung Haji dan dividen tahunan Tabung Haji itu diberikan kepada saya selama saya masih hidup. Adakah sah hibah bersyarat saya ini? T kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, hibah ialah pemberian hak milik sesuatu harta oleh seorang pemberi semasa hidupnya kepada orang lain sebagai penerima atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang balasan dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya ijab dan qabul serta qabd atau penerimaan. Hibah akan berkuat kuasa serta merta dengan pemindahan hak milik daripada pemberi kepada penerima apabila kesemua syarat dipenuhi. 

Merujuk kepada persoalan, secara umumnya hibah bersyarat tersebut adalah sah jika memenuhi syarat-syarat hibah dan tidak melanggar hukum Syarak. Adalah lebih baik jika hibah tersebut perlu disahkan secara rasmi dengan pihak Tabung Haji atau pihak-pihak yang berkaitan untuk memastikan bahawa syarat hibah tersebut boleh diterima dalam sistem mereka. Hal ini kerana wang yang disimpan dalam Tabung Haji akan menghasilkan dividen tahunan yang akan dimasukkan dalam akaun pemilik asal yang berkemungkinan mempunyai prosedur tertentu berkenaan pengurusan hibah atau penama. 

Untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut berkaitan hibah sila berhubung pihak Tabung Haji dan dengan pejabat Majlis Agama Islam terdekat dengan tempat tinggal bagi memastikan hibah tersebut sah dari sisi syarak dan undang-undang.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image