BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya, boleh ke kalau orang tua saya nak hibahkan emas miliknya kepada saya? kalau boleh macam mana prosedurnya ya??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, orang tua puan bolehlah menghibahkan emas miliknya kepada puan. Proses untuk melaksanakan hibah tersebut perlulah menepati rukun dan syarat hibah sebagaimana berikut:

1. Pemberi hibah mestilah;

  • Pemilik kepada barangan tersebut;
  • Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah (waras dan bukan dalam keadaan Marad Al-Maut); serta
  • Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya. 

2. Penerima hibah mestilah;

  • Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Sekiranya penerima dalam kategori mukallaf, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
  • Wujud ketika hibah dibuat; serta
  • Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd). 

3. Barang yang dihibah mestilah; 

  • Wujud ketika hibah dibuat;
  • Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
  • Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.

4. Sighah (lafaz akad hibah)

  • Ijab dan qabul; dan
  • Tidak bertempoh.

Untuk maklumat lanjut berkaitan hibah, sila kunjungi Majlis Agama Islam Negeri yang terdekat dengan tempat tinggal bagi mendapatkan nasihat dari sudut syarak dan undang-undang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image