BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Saya ada persoalan bagi menamakan nama anak saya terutama berkenaan maksud nama ayat. Nama yang saya cadangkan untuk Nur Alyaa Faizira, setakat semakan nama Nur adalah Cahaya, Alyaa bermaksud ketinggian persoalan saya berkenaan maksud nama Faizira. 

1. Faizira adalah gabungan nama saya Faiz dan isteri saya Azira, adakah dibenarkan dalam islam

2. Adakah ada maksud terdekat bagi nama Faizira.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Menamakan dengan nama yang baik adalah dituntut kerana nama merupakan doa dan akan diseru dengannya pada Hari Kiamat kelak. Hadis Daripada Abu al-Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Maksudnya: ‏ Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. (Riwayat Abu Daud)

Hasil carian yang dibuat nama Faizira berkemungkinan besar adalah gabungan nama arab yang mungkin disesuaikan dengan bahasa melayu kerana kata FAIZ bermaksud 'orang yang berjaya' manakal kata IRA adalah tambahan yang tidak membawa maksud yang khusus dalam bahara arab. Adalah disarankan bagi tuan untuk memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik kepada anak. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image