BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya nak bertanya , arwah ibu mertua ada memajak beberapa barang kemas milik beliau .Sewaktu arwah ibu mertua meninggal , adik beradik sebelah suami semua tidak mampu utk menebus barang kemas tersebut & mereka sebulat suara kata kan pada siapa yang mampu untuk tebus kembali barang kemas tersebut,maka tebus laa & ambil lah barang kemas tersebut . Disini saya ingin bertanya apakah hukum Kami yang menebus & menyimpan barang kemas tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, emas yang dipajak oleh arwah ibu mertua puan menjadi hutang kepada si mati apabila dia telah meninggal dunia dan hukum menebus emas tersebut adalah wajib dengan menggunakan harta peninggalan si mati.

Walau bagaimanapun, sekiranya hutang tersebut tidak mampu dibayar dengan menggunakan harta peninggalan si mati, maka hutang tersebut perlu diselesaikan oleh ahli waris.

Berdasarkan situasi yang telah dikemukakan, hukum puan dan suami menebus barang pajakan milik si mati dan menyimpannya adalah diharuskan kerana perbuatan tersebut membantu waris-waris dalam melangsaikan hutang si mati serta ianya mendapat persetujuan ahli waris si mati. Namun, persetujuan itu perlu jelas dan dilakukan dengan penuh kesedaran, tanpa paksaan, serta lebih baik jika dibuat secara bertulis untuk mengelakkan pertikaian di masa hadapan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image