BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammu alaikom Ust

Saya nak tanya pasal solat.

Begini Ust, saya dalam keuzuran tak dapat kawal dan rasa bila buang air besar dan kecil dan selalu pakai diaper. Saya tak berapa kuat untuk berjalan juga

Boleh kah saya sentiasa solat jamak takdim/takhir?


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Orang yang sudah tua dan mengalami kesulitan akibat keuzuran, seperti tidak dapat mengawal pembuangan najis serta perlu memakai lampin pakai buang (pampers) secara berterusan, dibolehkan untuk menjamak solat sebagai satu bentuk rukhsah (keringanan) dalam agama. Dalam Islam, kemudahan diberikan kepada mereka yang berada dalam keadaan sukar, termasuk orang sakit dan warga emas yang uzur.

Keadaan seperti kerap perlu menukar lampin, sukar untuk bersuci setiap kali solat, atau mengalami kelemahan yang menyukarkan untuk bangun dan bergerak boleh menjadi sebab untuk mengambil keringanan solat jamak. Hal ini berasaskan kaedah fiqh:

المشقة تجلب التيسير

Maksudnya: Kesukaran membawa kepada kemudahan.

Maka berdasarkan kaedah ini, sesuatu keadaan sakit yang menyebabkan kesulitan berterusan kepada pesakit boleh menjadi sebab dibolehkannya solat jamak sebagaimana rukhsah yang diberikan kepada musafir. Oleh itu, jika keadaan sakit tua menyebabkan kesulitan untuk menunaikan solat lima waktu secara biasa, maka dibolehkan menjamak solat Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak, sama ada secara jamak taqdim atau jamak takhir

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image