Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Ketika saya period, saya menggunakan satu tuala. Saya tidak yakin sama ada tuala itu ada darah period atau tidak sebab warna kelabu. Saya pakai tuala itu sehingga habis period. Dan setiap kali saya menggunakan tuala itu untuk lap badan dan rambut, saya akan baring diatas katil dalam keadaan rambut masih basah atau lembap.
Sekiranya saya telah suci, saya akan menggunakan tuala yang lain. Namun, saya akan baring di tempat yang sama dalam keadaan rambut agak lembap. Sekiranya tuala yang saya guna ketika period ada darah yang saya tidak tahu, adakah dia akan transfer ke rambut dan juga transfer ke katil apabila saya baring? Dan adakah solat saya masih suci selepas saya baring di tempat yang sama?
Dan sekiranya tuala itu tiada kesan darah tapi ada bau darah, dan saya gunakan tuala itu untuk mengelap badan dan rambut, adakah darah itu akan transfer ke badan saya? Dan adakah dia akan transfer juga ke katil apabila saya baring?
Jadi saya perlu basuh cadar dan selimut saya?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fikah menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.
Oleh yang demikian, dinasihatkan agar membersihkan tuala tersebut dengan cara membasuh sehingga tiada lagi bau, warna atau rasa pada tuala tersebut. Ini kerana apabila membasuh tuala tersebut dapat menghilangkan isu perasaan was-was tersebut.
Sekian, terima kasih.