BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

salam ustaz , saya ingin bertanya , tentang penyakit was was najis anjing , ketika saya pergi dobi saya terlihat anjing lalu di kawasan tersebut setelah itu saya lalu di kawasan tersebut apakah hukumnya ? saya sudah lama mengalami penyakit was was , mohon pencerahannya , saya juga ingin sembuh dari penyakit ini .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, dalam situasi yang puan alami, melalui kawasan yang pernah dilalui anjing tidak menyebabkan puan terkena najis. Najis hanya berpindah sekiranya terdapat kesan yang nyata seperti ain najis, warna, rasa atau bau. Jika tiada bukti jelas atau puan tidak yakin terdapatnya najis, maka tempat itu dikira bersih. Islam tidak membebankan umatnya dengan perkara yang menyusahkan.

Sesungguhnya Allah SWT tidak memberatkan seseorang hambaNya daripada syariat yang telah ditetapkan olehNya. Firman Allah SWT melalui surah al-Hajj ayat ke-78:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

MaksudnyaDan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

Cara Mengatasi Was-was:

  1. Abaikan rasa was-was – Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti.

  2. Berpegang kepada hukum asal iaitu suci – Selagi mana tidak ada bukti jelas, sesuatu itu dianggap bersih.

  3. Elakkan pemeriksaan berulang kali – Ia hanya akan menguatkan perasaan was-was.

  4. Banyakkan berdoa dan berzikir – Mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada bisikan syaitan.

Jika masalah was-was semakin serius, dapatkan bimbingan daripada ustaz atau pakar psikologi bagi membantu mengatasinya secara beransur-ansur. Jangan biarkan was-was mengganggu ibadah dan ketenangan hidup puan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image