BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

saya ada pertanyaan , ketika saya makan di warung , telefon saya terjatuh di bawah meja , permukaan warung tersebut adalah batu , lalu saya mengambil telefon saya seperti biasa , selepas habis makan kami pun pergi ke parking kereta , semasa menuju ke parking kereta saya ternampak seekor anjing lalu di kawasan laluan keluar tetapi jauh dari kawasan warung tersebut , saya ingin bertanya adakah telefon saya yang terjatuh tadi terkena najis ?tetapi jarak nya begitu jauh dari kawasan meja warung tersebut .  saya memakai telefon saya seperti biasa kerana awalnya saya yakin telefon saya bersih. apakah hukumnya saya memegang telefon saya ? awalnya saya tidak menganggap seperti itu tetapi perasaan  was was datang secara tiba tiba. mohon pencerahannya 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam situasi seperti yang dinayatakan, hukum asal sesuatu perkara adalah suci selagimana tidak ada bukti atau tanda yang jelas menunjukkan ia terkena najis. Oleh itu, jika telefon anda jatuh di atas lantai batu warung dan tidak ada tanda-tanda terkena najis (seperti kesan kotoran, bau, atau kelembapan mencurigakan), maka telefon itu dikira bersih dan boleh digunakan seperti biasa.

Mengenai anjing yang anda nampak di laluan keluar, ternyata ianya jauh dari kawasan warung, ia tidak memberikan kesan kepada telefon anda kerana tidak ada hubungan langsung antara anjing tersebut dan tempat telefon anda jatuh. Was-was yang datang secara tiba-tiba ini boleh jadi adalah bisikan syaitan yang cuba membuatkan anda merasa ragu-ragu tanpa asas yang kukuh. Dalam Islam, was-was perlu dielakkan kerana ia boleh membawa kepada kesulitan yang berlebihan dalam beribadah dan kehidupan seharian.

Jadi, selagi tidak ada bukti nyata bahawa telefon anda terkena najis, anda boleh menggunakannya seperti biasa tanpa perlu merasa was-was. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image