BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Saya ingin bertanya, jika seseorang itu terkentut sebelum tawaf dan pada masa itu dia sudah berada Di masjidil haram untuk menunaikan Ibadah umrah dan dia juga telah melakukan tawaf. Adakah dia dekenakan dam? Bagaimana cara dia ingin membayar dam?

Saya harap pihak tuan/puan dapat memberi jawapan. 

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, antara syarat sah tawaf hendaklah mempunyai wuduk. Oleh itu, tawaf tuan adalah tidak sah dan perlu diulang semula tawaf umrah tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                     


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image