BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Sy ada menunaikan umrah pada jan 2025 ni,setelah seminggu pulang tanah air saya rasa umrah sy tidak sah disebabkan anggota wuduk tidak kena bawah kuku.apa yg perlu sy lakukan,adakah perlu sy bayar dam ihsar,bagaiman dengan pantang larang yg lain perlu bayar dam.

Mohon bantuan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, kami kemukakan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-33 yang bersidang pada 28 November 2016 menyatakan:

  1. Amalan-amalan haji dan umrah masa lampau yang baru diragui kesahihannya, tidak memberi apa-apa kesan dari segi hukum jika dia yakin sah ketika melaksanakannya dahulu.
  2. Amalan-amalan haji dan umrah lampau yang diyakini tidak sah mengikut mazhab Syafi’i maka boleh bertaqlid kepada mazhab lain untuk mengesahkannya jika ada.

Berdasarkan resolusi yang telah dikeluarkan ini, umrah tuan sah tanpa ragu.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image