BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya ada ternampak seekor anjing meminum air di dalam baldi air saya di luar rumah. Secara zahir, baldi tersebut perlu saya sertu kan? Persoalannya, saya telah terbuang air baldi tersebut ke lantai luar rumah yang dibuat dari simen tetapi bahagian lantai luar rumah tu selalu kena hujan dan panas serta dianggap garage terbuka la sebab tempat kami park kereta. Adakah saya perlu sertu kawasan yang saya alirkan air baldi itu tadi?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang ditanyakan, baldi yang digunakan anjing untuk minum perlu disertu kerana air liur anjing adalah najis mughallazah (najis berat). Mengenai air yang telah dibuang ke lantai simen di luar rumah, tidak wajib untuk menyertu kawasan itu kerana:

  1. Najis tidak lagi dalam keadaan zahir – Air yang dibuang telah mengalir dan tersebar, bukan dalam bentuk najis yang jelas.
  2. Dimaafkan kerana keadaan tempat – Jika kawasan itu sering terkena hujan dan panas, ia akan mengalami proses pembersihan secara semula jadi.
  3. Kaedah fiqh – “Kesukaran membawa kemudahan” (المشقة تجلب التيسير). Jika perlu menyertu setiap tempat yang terkena air najis dalam keadaan seperti ini, ia boleh membawa kepada kesulitan yang berlebihan.

Oleh itu, cukup dengan menyertu baldi sahaja, manakala lantai yang terkena air tersebut tidak perlu disertu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image