BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asslamualikum tuan mufti

Isteri berkata "Kalau abang hisap rokok lagi kita cerai"

suami menjawab dengan tidak rela hati Ya Cerai atau Ya Kita Cerai, suami sudah lupa bagaimana jawapan kepada isteri kerana sudah 7tahun berlalu tapi semasa menjawab suami yakin tiada niat nak cerai isteri dalam hati sekadar ingin tenangkan keadaan isteri..

Isteri berkata abang dah taklik tu?

Suami tak pasti hanya diam saja atau jawab ya taklik tapi tiada niat cerai di dalam hati

Soalan adakah ia menjadi taklik atau ayat perkhabaran?

Apakah Hukum jika seorang suami betul2 lupa dan tidak pasti lafaz cerai yang pernah diucapkan? 

Ini sambungan daripada soalan sebelum ni yang tidak lengkap kenyataan sewaktu dihantar

terima kasih tuan Mufti


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan isteri berbunyi: "Kalau abang hisap rokok lagi kita cerai", tidaklah dianggap sebagai taklik kerana isteri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak. Kuasa talak adalah ditangan suami. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228;

 وَلِلرِّجَالِ عَلَیۡهِنَّ دَرَجَةࣱۗ 

Maksudnya : "Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya".

Ayat tersebut menjelaskan bahawa suami itu memiliki hak talak, sementara isteri pula sama sekali tidak memilikinya. Selain itu terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ;

إِنَّمَا الطَّلاَقُ لِمَنْ أَخَذَ بِالسَّاقِ

Maksudnya : "Sesungguhnya talak hanya milik orang yang telah mengambil betis (orang yang telah memiliki perempuan secara halal)." (Riwayat al-Baihaqi)

Justeru, suami menjawab "Ya cerai atau Ya kita cerai", kenyataan ini tidak mengesahkan jatuh talak atau seumpamanya kerana suami hanya menjawab apa yang isteri beritahu kepada suami sahaja. Tambahan pula suami tiada niat cerai. Jadi, tidak timbul isu tentang perceraian atau jatuh talak.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image