Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ada soalan:
1. Sekiranya seseorang tu pernah tengok cerita kartun (family guy dan south park) yang dikenali selalu mengejek agama lain seperti agama Christian dan di mana cerita-cerita itu juga kadang kala mengejek Jesus, di mana kita sebagai umag Islam percaya Jesus itu ialah rasul kita, adakah dia menjadi kafir? Kerana dia sebelumnya tidak merasakan apa-apa ketika menonton cerita sebegitu disebabkan dia cuma menganggap cerita itu mengejek pahaman agama Christian yang sudah lama terpesong. Dia juga sudah lama berhenti menonton cerita sebegitu dan sekarang baru sedar akan perkara ini. Sungguh dalam hatinya tiada niat untuk membenarkan penghinaan terhadap nabi Isa yang sebenar dan sekarang baru dia sedar secara tidak langsung mereka yang mengejek dan membuat jenaka yang tidak senonoh terhadap jesus sama sahaja seperti menghina nabi Isa
2. Sekiranya orang itu sebelumnya pernah makan duit haram yang dia peroleh dari menipu, dan berazam untuk membayar semula wang tersebut pada masa akan datang(kerana sekarang dia tidak mempunyai duit yang mencukupi), adakah taubatnya dari dosa yang disebutkan di nombor satu bakal diterima? Ataupun taubatnya dari apa-apa dosa, adakah Allah akan menerimanya sekiranya dia masih belum menggantikan wang haram yang dia makan sebelum ini.
Jawapan
1. Melihat atau menonton cerita yang mempunyai kefahaman dan pegangan agama lain tidak menjadikan seseorang menjadi kufur selagimana kita tidak percaya dan tidak beriktikad dengannya sepertimana cerita yang ditonjolkankan dalam kartun Famili Guy dan lain-lainnya. Perlu dijelaskan bahawa kufur (ingkar) dalam konteks agama Islam merujuk kepada penolakan atau tidak percaya kepada kebenaran yang telah disampaikan oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Menonton atau membaca tentang kepercayaan atau pegangan agama lain boleh dianggap sebagai penambahan kepada ilmu pengetahuan , bukan suatu bentuk kufur.
2. Dalam Islam, taubat adalah proses yang sangat penting untuk memohon pengampunan daripada Allah SWT bagi dosa-dosa yang telah dilakukan. Dalam kes ini, seseorang yang telah memakan duit haram akibat penipuan dan berazam untuk membayar semula wang tersebut kepada pemiliknya, telah berada pada landasan yang benar dalam usaha bertaubat. Taubat yang diterima oleh Allah SWT mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu:
Dalam kes ini, jika orang itu telah menyesal, berhenti daripada terus menipu, dan berazam untuk membayar semula duit haram yang telah diambil, maka taubatnya telah diterima Namun, syarat tambahan yang perlu dipenuhi adalah mengembalikan semula hak orang lain (dalam kes ini, duit yang dicuri atau diperoleh secara haram) kepada pemilik yang sah.
Oleh itu, walaupun seseorang itu sudah bertaubat dengan niat yang tulus dan berazam untuk membayar semula wang tersebut, taubatnya tidak akan sempurna sehingga dia dapat menggantikan atau mengembalikan wang yang haram tersebut. Jika orang itu tidak mampu untuk membayar semula pada masa sekarang, dia perlu berusaha dengan sungguh-sungguh untuk melakukannya apabila dia mempunyai kemampuan, dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan jalan penyelesaianya..
Jika kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat, insha Allah Allah SWT akan terima taubat kita. Berkenaan dengan wang yang masih belum cukup untuk dilunaskan, maka lunaskanlah sebaik mungkin. Maklumkan juga kepada waris yang kita mempunyai hutang-hutang pada jumlah sekian-sekian. Jika kita tidak sempat lunaskan hutang tersebut dan kita telah bertaubat, insha Allah taubat tersebut tetap diterima.
Sekian, terima kasih.