Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
suami telah melafazkan taklik pada sy berbunyi begini.
"aku nak kau tulis turutan berapa kali keluar dengan xxx dan ke mana, kalau kau tipu, aku ceraikan kau"
saya tiada niat untuk menipu dan sudah sy beritahu pada suami, perkara sudah lama dan sy telah lupa, ada yang igt, dan ada yang lupa. suami tetap meminta saya menulisnya. dan saya menulisnya tanpa niat utk menipu tetapi memang ingatan samar-samar. selepas menulis dan di asak soalan bertubi2, sy mengingati beberapa lagi yang tidak ditulis. adakah jatuh talak? adakah sah taklik ke atas perkara yang saya telah lupa dan dipaksa menulisnya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz taklik suami: "aku nak kau tulis turutan berapa kali keluar dengan xxx dan ke mana, kalau kau tipu, aku ceraikan kau", adalah taklik yang boleh membawa kepada 2 keadaan dan bergantung kepada pengakuan isteri. Maknanya kalau isteri tipu, suami ceraikan, kalau isteri tidak tipu, suami tidak ceraikan. Oleh kerana perkara ini sudah lama dan ingatan yang terbatas, sebaiknya perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan berkenaan lafaz taklik tersebut sama ada jatuh talak atau tidak.
Sekian, terima kasih.