Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Ustaz, saya tersentuh pek makanan mengandungi babi. Tangan saya dan pek makanan tersebut dalam keadaan kering. Saya ragu mengenai ini
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tangan yang memegang atau menyentuh pek makanan yang mengandungi bahan berasaskan babi tidak perlu disertu atau tidak perlu dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan dengan air tanah kerana sentuhan yang berlaku bukanlah secara terus (direct) kepada babi tetapi hanya bahagian luar pek makanan sahaja. Bahagian luar pek makanan itu dihukumkan sebagai suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya. Perkara ini bertepatan dengan kaedah yang menyebutkan:
Maksudnya: Asal bagi sesuatu adalah suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya.
Justeru, tidak perlu disertu pada anggota yang hanya syak padanya terkena najis berat, cukup sekadar membasuh dengan air mutlak demi menghilangkan rasa ragu.
Sekian terima kasih.