BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan.saya ingin bertanya tentang harta pusaka arwah ibu saya.

Saya tiga beradik 2 lelaki 1 perempuan.ibu bapa kepada arwah ibu saya masih ada.

Ayah saya kahwin baru dan ada 3 orang anak..

Ayah saya dengan ayahibu(atok) saya cakap jumlah yg dibahagikan olehnya harta pusaka itu dia taknak dia suruh bahagikan saya tiga beradik.

Jadi yang tinggal saya adik lelaki adik perempuan dan jugak nenek.

Soalan sy disini adakah ibu tiri saya dan jugak anak² ibu tiri sy itu berhak untuk dapat bahagian harta pusaka arwah ibu saya.

Dan satu lagi soalan adakah bahagian ayah dan atok saya tu kena dibahagikan kepada nenek jugak.sbb ayah dengan atok cakap bahagian dia bagi kepada anak² atok cakap kepada cucu² sahaja.

Terimakasih ustaz sy cuma nak kepastian semoga urusan kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah.


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Ibu tiri dan anak-anak tiri tidak berhak ke atas harta pusaka arwah ibu kerana mereka bukan waris yang berhak menerima bahagian faraid tersebut. Hal ini kerana, harta pusaka perlu dibahagikan kepada waris yang berhak iaitu suami (1/4), bapa arwah (1/6), ibu arwah (1/6), dan baki kepada anak-anak mengikut nisbah 2:1 (lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian). Jika ayah dan atuk menyerahkan bahagian mereka kepada anak-anak dan cucu-cucu, ia dikira sebagai hibah kepada mereka, dan nenek tidak mendapat hibah tersebut. Nenek tetap berhak menerima 1/6 sebelum apa-apa agihan lain dibuat.

Sila rujuk kepada Unit Faraid, Majlis Agama Islam Selangor untuk mendapatkan mendapatkan kepastian dan kaedah pengiraan yang tepat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image