BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum belajar kungfu dan taekwondo dalam seni bela mempertahankan diri.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, hukum mempelajari kungfu atau taekwando untuk dijadikan sebagai seni bela mempertahankan diri yang tiada unsur-unsur kesyirikan adalah harus. Namun, jika terdapat dalam seni permainan kungfu atau seni bela diri ini terdapat unsur pemujaan roh, tenaga dalaman berasaskan kepercayaan mistik, atau bergantung kepada unsur ghaib, maka ia adalah haram..

Para ulama telah menyatakan dengan jelas, sepertimana IImam al-Suyuthi pernah berkata:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image