BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, bolehkah saya nak tanya satu soalan? Saya biasanya kalau mandi wajib, saya niat dahulu kemudian lalukan air, kemudian saya akan gunakan sabun, syampu dan sebagainya sambil niat meratakan air, setelah selesai semua, saya bilas, adakah mandi wajib saya sah, ustaz?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mandi wajib dari sudut syarak  bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu atau mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebagainya. Dalam melaksanakan mandi wajib ini, para ulama’ telah menetapkan bahawa rukun bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

Jika dilihat kepada rukun  bagi mandi wajib, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis pada tubuh badannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadas. Apabila seseorang itu memenuhi rukun-rukun mandi wajib maka sahlah mandi wajibnya

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image