BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.Saya mendapati hukum mencuci pakaian dengan sabun adalah suci jika menggunakan mesin basuh automatik.Hal ini kerana mesin basuh mempunyai kitaran air yang mencukupi untuk mensucikan sabun tersebut.Persoalan saya bagaimanakah hukum jika proses pembasuhan pakaian bernajis dengan sabun itu terpercik.Percikan itu sukar untuk dikawal.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, dalam situasi tersebut, percikan air dari proses pembasuhan pakaian bernajis tidak dianggap najis selagi air tersebut berasal dari air mutlak yang masih dalam proses menyucikan. Hukum asal sesuatu adalah suci sehingga terbukti sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image