BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam. Saya ingin bertanya berkaitan solat jamak & qasar. Saya dan isteri PJJ. Saya bekerja di selangor dan isteri bekerja di Terengganu. Saya telah membeli rumah di Terengganu untuk isteri dan anak anak saya tinggal di sana. Di Selangor juga saya tinggal di rumah sendiri. Saya berulang alik setiap minggu dari Selangor ke Terengganu. Saya bertolak dari Selangor pada hari Jumaat petang, dan akan balik semula ke Selangor pada Isnin pagi. 

Soalan saya, adakah saya di benarkan untuk solat jamak dan Qasar ketika saya berada di Terengganu. Saya pun tidak pasti status saya dimana sebenarnya saya bermukim. Ini kerana, saya bergerak dari Selangor biasanya jam 5.00ptg hari Jumaat, dan pulang semula ke Selangor pada jam 3.00 pg hari Isnin. Sebelum ini saya solat Jamak dan Qasar di Terengganu.. Adakah sah solat saya? Untuk makluman, saya telah memohon pertukaran kerja di Terengganu, tetapi masih belum dapat penempatan.

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah. Ia merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat Islam agar mereka boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ ayat 101:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ

Maksudnya: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) solat.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan tidak boleh solat jamak dan qasar di Terengganu kerana ia merupakan tempat tinggal hakiki atau tempat bermastautin kerana tuan berhasrat untuk kembali bekerja dan menetap di sana. Walau bagaimanapun, solat jamak dan qasar adalah dibenarkan ketika dalam perjalanan dan sepanjang berada di Selangor sekiranya tuan menetap di Selangor tidak melebihi 4 hari.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image