BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya mahu bertanya. Saya dan suami ada bergaduh besar dan suami saya ada menyebut "kau diam dan berambus dari bilik ni. Kalau kau bercakap lagi, kau bukan isteri aku". Dan saya keluar bilik sambil bercakap. Adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, ayat yang dilafaz oleh suami berbunyi: "kau diam dan berambus dari bilik ni. Kalau kau bercakap lagi, kau bukan isteri aku", ia boleh dikategorikan sebagai lafaz taklik secara kinayah. Maksudnya lafaz tersebut mengandungi makna talak atau selainnya. Oleh itu, sekiranya suami pada ketika itu memang berniat cerai semasa melafazkan ayat tersebut, maka talak boleh jatuh ke atas isteri sekiranya isteri melakukan perkara yang ditaklikkan oleh suami. 

Sehubungan itu, perkara ini hendaklah dilaporkan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampran tempat tinggal untuk pengesahan selanjutnya. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa menentukan sama ada jatuh talak atau tidak. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image