Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika isteri tanya suami melalui whatsapp adakah dia nekad untuk bercerai? Dan suami balas "ye" melalui whatsapp. Hal ini berlaku kerana suami telah tawar hati terhadap isteri.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, jawapan balas "ye" melalui whatsapp tidaklah menyebabkan jatuh talak. Suami hanya menjawab pertanyaan yang diajukan oleh isterinya. Justeru, jika pasangan bersetuju untuk bercerai, sebaiknya kemukakan terus permohonan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk proses selanjutnya.
Sekian, terima kasih.