Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada satu soalan untuk bertanya. Suami berkata "lepasni aku taknak ada apa apa kaitan dengan hal kau" dengan marah. apakah hukumnya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, perkataan suami berbunyi: "lepasni aku taknak ada apa apa kaitan dengan hal kau" bukanlah lafaz talak. Namun, ia boleh membawa maksud talak secara kinayah (kiasan). Lafaz sebegini memerlukan kepada niat suami semasa melafazkannya. Sekiranya dia berniat untuk cerai, maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Adapun, sekiranya suami tidak berniat cerai, maka talak tidak berlaku.
Sehubungan itu, puan boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.