BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Semasa berjalan di sebuah taman, ada orang lain membasuh anjingnya di tempat minum air (tap water), saya tak pasti terkena bahagian mana pada anjingnya, tapi ada percikan air yang terkena saya sedikit. Saya berjalan dengan sepupu yang sepupu yang berkata ada orang tu yang basuh anjing di tempat tu, tapi saya tak pasti sama ada dia melihat ke arah tempat anjing itu dibasuh semasa, sebelum atau selepas percikan itu berlaku. Perkara ni dah berlalu buat seketika waktu, dan sepupu saya pun dah lupa habis dah tentang perkara tu ketika saya cuba tanya semula kepadanya. Macam mana hukumnya tu ya? Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, dalam Islam, sesuatu itu dianggap suci selagi tidak ada bukti yang jelas ianya bernajis atau terkena najis. Jika anda hanya ragu-ragu tanpa kepastian, percikan itu dianggap suci dan tidak perlu sertu. Sehubungan itu, jika menghukumkan sesuatu itu adalah bernajis hanya sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, anda tidak perlu sertu. Islam tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak jelas dan mengelakkan diri daripada perasaan was-was.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image