Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apa hukum surau ..semasa solat jemaah tak dibuka tabir atau langsir..adakah sah solat muslimat yg mengikut jemaah?
Jawapan
Surau tidak mengambil hukum masjid. Oleh itu, boleh berlaku isu terputus saf apabila solat di surau. Bagi jemaah wanita yang solat di surau, langsir atau tirai yang tebal dan menghalang penglihatan perlu dibuka sekadar membolehkan seorang untuk lalu. Adapun langsir nipis tidak perlu dibuka sekiranya tidak menghalang penglihatan.
Sekian, terima kasih.