BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Bibir saya kering dan kemudian saya ingin membasahkan bibir dengan lidah. Lidah saya merasakan ia berdarah sedikit.

Persoalan saya, adakah darah yang sedikit pada bibir tersebut merupakan najis yang dimaafkan? Jikalau ada beberapa helai rambut terbang terkena bibir yang berkemungkinan ada darah yang telah dijilat tadi, adakah darah tersebut berpindah ke rambut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, darah pada asalnya dikira sebagai najis sekiranya ia banyak. Namun begitu, jika darah yang sedikit ia dikira sebagai najis yang dimaafkan lebih-lebih lagi jika ia sukar untuk dikawal. Menurut Imam al-Nawawi, apabila seseorang itu membunuh nyamuk dan kutu dan darahnya terkena pada pakaian atau melekat pada celah-celah jari, hukumnya adalah najis jika ia dalam jumlah yang banyak. Adapun jika sedikit, maka ia khilaf dalam kalangan ulama’, dan pendapat yang paling sahih adalah ianya dimaafkan. Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan supaya membersihkan darah di bibir tersebut, berkumur-kumur serta membasuh dengan air terutamanya ketika hendak mendirikan solat. Adapun beberapa helaian rambut yang berkemungkinan terkena darah tersebut ianya hanya sangkaan yang berlaku kepada puan dan tidak berlaku secara yakin. Justeru, puan perlu membina keyakinan bahawa helaian rambut tersebut tidak bernajis kerana pada asalnya ia adalah suci melainkan sekiranya puan nampak dan lihat dengan jelas bahawa terdapat perpindahan najis yang berlaku.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image