Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin bertanya, adakah di bolehkan untuk menggunakan Duit Tabung Pembangunan untuk digunakan membeli makanan dan minuman untuk Majlis PenandaTangani Perjanjian Kontraktor dgn pihak Jawatan kuasa Surau dalam Urusan Pembangunan Surau . Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, Dana Tabung Pembangunan Masjid atau Surau hanya boleh digukanakn untuk pembangunan atau apa-apa yang berkaitan secara langsung dengan pembangunan masjid atau surau. Pembelian makanan dan minuman bagi majlis menandatangani projek pembangunan dianggap tidak berkaitan secara langsung dengan pembangunan masjid atau surau itu sendiri.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.