BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. Saya dan suami (Janda dan duda) telah bernikah pada September 2016 dan tinggal berasingan. Pada Februari 2017 saya telah berpindah untuk tinggal bersama-sama suami. Malangnya selama 3 bulan tinggal bersama, suami sering melakukan kezaliman, menghina dan sering menghalau saya dan anak-anak saya (anak tiri beliau). Saya telah mengambil keputusan keluar dari rumah kelamin kami selepas dihalau dan memohon penceraian secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Kes penceraian kami di peringkat JKP selepas beberapa kali cuba dilengah-lengahkan oleh pihak suami. Suami juga telah memfailkan saman nusyuz dan tuntutan kembali taat berikutan tindakan saya keluar dari rumah tersebut. Kes tersebut juga di Mahkamah Rendah Syariah Klang dan perbicaraan baru bermula. Sejak tinggal berasingan suami telah melakukan perkara-perkara berikut terhadap saya: 1) Menjual maruah diri saya di group lucah Facebook dengan memuat naik gambar saya beserta telefon nombor utk dihubungi lelaki-lelaki di dalam group tersebut. 2) Membuat Facebook palsu menggunakan identiti saya dan menghantar mesej berbaur fitnah dengan niat memburukkan saya dan mengganggu rumahtangga bekas suami saya dan isteri beliau. 3) Menghubungi rakan-rakan saya serta cuba mengadakan cerita untuk membuat tuduhan mengatakan saya ada hubungan skandal dengan mereka. 4) Memasukkan number telefon ibu saya kedalam group lucah Whatsapp. 5) Tidak langsung menggunakan kedua belah pihak keluarga untuk mencari jalan dan memperbaiki rumahtangga kami. 6) Beliau sering menghantar email kepada saya, menghina dan merendah-merendahkan maruah diri saya serta menggelar saya pelacur. 7) Beberapa kali telah cuba menabur pasir kedalam periuk nasi saya dengan memfitnah dan menghantar email kepada majikan saya dan BNM. Beliau juga menabur pasir ke dalam periuk nasi 2 orang anggota polis yang menguruskan kes kami (banyak polis repot) sehingga sanggup menghantar email Bukit Aman. 8) Beliau telah beberapa kali membuka aib dan memalukan saya dengan memuat naik screenshot lama pergaduhan saya dgn beliau yg menunjukkan keburukan saya. Screenshot tersebut dimuatnaik di Facebook, Instagram dan gambar tersebut dijadikan gambar profile Telegram dan Whatsapp. Status Facebook tersebut adalah 'public' dan beliau 'add' rakan-rakan dan saudara- mara saya dengan niat memburukkan saya di mata mereka. 9) Beliau beberapa telah memuatnaik status fitnah yang mengatakan beliau telah disihir/santau dan status tersebut secara tersirat ditunjukkan kepada saya. Orang yg melihat secara sendirinya faham yang orang yg dimaksudkan menyihir itu adalah saya berikutan posting-posting beliau sebelum itu adalah secara 'public'. 10) Beliau telah menyaman saya melalui kes sivil tuntutan saman kecil meminta saya memulangkan telefon yang beliau berikan sewaktu kami bertunang atau membayar gantirugi telefon tersebut. Kes tersebut telah selesai dan mahkamah menolak tuntutan beliau kerana telefon itu adalah hadiah ketika dalam pertunangan. 11) Beliau mengarahkan polis membuka kertas siasatan ke atas saya kes kecederaan Sek 323 kerana saya telah menggigit tangan beliau pada hari saya keluar dari rumah berikutan berlaku pergaduhan dan beliau cuba memukul dan merampas telefon saya. 12) Beliau telah membuang ahli keluarga beliau termasuk ibu beliau yang cuba menasihati dan tidak menghubungi keluarga beliau sejak 4 bulan yang lalu. 13) Suami mempunyai kisah silam suka melanggan pelacur-pelacur warga asing dirumah-rumah urut (sejak arwah isterinya masih hidup) dan ketagihan kepada porno. Saya yakin beliau tidak pernah berubah dan masih melakukan aktiviti tersebut memandangkan saya sendiri penah dijangkiti penyakit kelamin selepas berkahwin dengan beliau. Saya juga takut beliau berkemungkinan telah dijangkiti HIV. Soalan saya: Adakah saya mempunyai hak untuk memohon kepada mahkamah untuk menolak tuntutan nusyuz dan kembali taat berikutan tindakan-tindakan diatas dan adakah saya boleh memohon kepada hakim untuk mengarahkan suami bertemu psikiatrist dan juga menjalani ujian saringan HIV? Terima kasih. (Maaf penerangan saya terlalu panjang)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, semoga urusan kes puan dan suami di Mahkamah Rendah Syariah Klang dipermudahkan oleh Allah SWT. Puan juga boleh menyangkal dakwaan nusyuz dan kembali taat yang difailkan oleh suami dengan memberikan keterangan dan mengemukakan bukti semasa prosiding dijalankan. Begitu juga dengan permohonan puan kepada hakim agar boleh memerintahkan suami menjalani pemeriksaan psikiatrist dan ujian saringan HIV. Namun, permohonan tersebut tertakluk kepada keperluan dan budi bicara oleh Hakim yang mengendalikan kes tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 116

message user image