BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum .. ada beberapa soalan yang saya nak bertanya ..

1) Suami isteri bergaduh , dan suami melafazkan 'aku ceraikan kau dengan talak 1 ' .. soalan saya,adakah lafaz itu sah?

2) Suami isteri bergaduh .. suami cakap 'kalau kau tak masak , bila aku yg masak maka jatuh talak 3 kepada kau ' adakah talak itu sah ?

3) Pernikahan di thailand , dan tidak didaftarkan perkahwinan di Malaysia.Bila ada anak , bagaimana nasab ank tersebut? Boleh kah bernasab kn bapa atau bagaimana ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

1. Lafaz "aku ceraikan kau dengan talak 1" adalah lafaz jelas atau sorih dan boleh sabit jatuh talak, walaupun tanpa niat cerai.

2. Manakala lafaz "kalau kau tak masak, bila aku yang masak maka jatuh talak 3 kepada kau" adalah merupakan cerai atau talak taklik. Yang bermaksud mengaitkan jatuh talak dengan berlakunya sesuatu perkara. Apabila perkara tersebut berlaku, maka jatuhlah talak. Seperti ucapan suami : "kalau kau tak masak , bila aku yang masak maka jatuh talak 3 kepada kau". Kesannya adalah bila suami melakukan perbuatan tersebut, maka boleh menyebabkan jatuhnya talak

Memandangkan pengesahan lafaz cerai adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah, maka disyorkan agar puan atau suami merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera supaya mendapat pengesahan yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti. Apatah lagi sekiranya timbul pertikaian antara pasangan atau mana-mana pihak samada tindakan yang berlaku itu boleh membawa jatuhnya talak atau sebaliknya.

3. Kesahtarafan anak yang lahir daripada pernikahan luar negara (Thailand) adalah bergantung kepada kesahihah pernikahan tersebut. Sekiranya pernikahan di Thailand itu cukup rukun-rukun dan syarat-syarat nikah serta mendapat pengesahan rasmi dari Majlis Agama Islam di Thailand, maka status anak tersebut adalah sah pada syara, dan boleh dinasabkan kepada bapanya tersebut walaupun mungkin pasangan itu belum mendaftarkan pernikahan di mana-mana Jabatan Agama Islam yang berkaitan. Oleh itu, untuk mendapaRisiko sekiranya pasangan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia, mereka akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan surat beranak anak tersebut, dan sementara proses pendaftaran tidak dilakukan status bapa dalam surat beranak anak adalah "tidak diketahui".

Oleh itu, untuk mendapatkan pengesahan nasab anak secara rasmi, sesuatu perkahwinan tersebut perlu didaftarkan terlebih dahulu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image