Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan
1.adakah najis yang kena pada langsir ( najis itu ialah air kencing atau air mazi ) dan di biarkan lama najis itu boleh suci dengan sendiri tampa di basuh dan langsir yang kena najis itu tak perlu di basuh lagi , sebab haritu tangan saya kena air mazi tak banyak dan saya lap dekat langsir dan biarkan tampa diusik lama kelamaan saya check kawasan yang saya lap air mazi tu dah tak ada kesan najis bau rupa warna dan bentuk adakah langsir itu sudah di kira suci sebab saya tanya abang saya dia kata dah bersih langsir tu sebab najis tu dah lama dan dah xde kesan najis seperti bau rupa warna bentuk abang saya dia mahir sikit bab najis ni dan bukan hanya abang saya yang saya tanya saya jugak google dan jawapan dia sama seperti abang saya, jadi langsir tu dah kira suci atau tidak
2. Haritu saya ada basuh tilam yang kena air kencing dan lepas basuh saya yakin yang tilam tu dah suci masa saya tengah bawak tilam tu nak jemur tilam tu jatuh kena penutup mesin basuh dan nampak penutup mesin tu ada basah sedikit basah tu datang dari tilam yang saya basuh tadi dan saya biarkan lah sebab saya yakin tilam tu dah suci dan saya pun jemur dekat ampaian dan esoknya saya baru perasan yang tilam tu tak bersih lagi masih ada najis air kencing cuma bau hancing kuat saja kesan tak nampak adakah saya perlu basuh penutup mesin basuh yang saya maksudkan tadi penutup mesin tu ada bau hancing tapi tak jelas dan bukan penutup mesin tu je kena banyak barang lain yang kena jugak cuma barang lain tu tak pasti bau air hancing atau tak tapi aku yakin tak bau hancing barang lain jadi adakah saya hanya perlu basuh balik tilam tu saja dan barang lain tak perlu basuh , saya ada tanya jugak google Jawapan dia basuh tilam tu balik je barang lain tak perlu basuh sebab najis tak berpindah walaupun basah kalau kita yakin suci , jadi apa Jawapan ustaz sila jawap
3. Selipar saya kena taik kucing dan saya dah basuh sungguh² dah sabun guna air pun guna dan bau je masih ada, kesan lain dah takda adakah selipar saya di kira suci sebab bau tu dah tak boleh nak hilang kan dah sebab susah , soalan ni pun saya dah tanya google dah jawapan dia selipar saya dah suci. jadi apa jawapan ustaz
4.kalau saya sedang basuh selipar atau kemaluan yang ada najis dan masa basuh tengah nak gosok, air yang tengah basuh najis tu terpecik kena merata tempat adakah air yang terpecik tu air najis saya pun tak berapa yakin yang terpecik tu air yang suci atau air ada najis saya cuma yakin kan diri je yang air yang percik kena merata tempat tu air bersih. Jadi apa jawapan ustaz
Harap ustaz dapat faham apa yang saya cuba sampaikan ni dan dapat jawapan pertanyaan saya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara,
1) Najis tidak menjadi suci dengan sendirinya walaupun kesannya hilang. Langsir yang terkena air kencing atau air mazi perlu dibasuh dengan air mutlak untuk mensucikannya. Jika tidak dibasuh, ia masih dianggap bernajis (najis hukmi).
2) JIka tilam tersebut telah dibasuh dan dipastikan suci maka air yang menitis daripada tilam itu juga adalah suci dan tidak bernajis. Namun, jika jelas masih lagi terdapat najis pada tilam tersebut, maka najis boleh berpindah melalui air yang menitik daripada tilam tersebut. Oleh itu, penutup mesin basuh dan barang lain yang terkena basahan dari tilam perlu dibasuh jika ada kesan najis seperti bau hancing yang jelas.
3) Ya, selipar anda dikira suci kerana najis hilang dari segi rupa, warna, dan zatnya. Bau yang masih tinggal selepas dibasuh bersungguh-sungguh tidak menjejaskan kesuciannya.
4) Air percikan daripada basuhan selipar atau kemaluan tidak dianggap bernajis melainkan terdapat kesan ain najis sama ada warna, bau atau rasa. Seandainya tiada atau tidak dapat dipastikan kewujudannya, maka ia adalah suci.
Sekian, terima kasih.