BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. saya ingin membeli kereta terpakai tetapi pemiliknya bukan muslim.adakah saya wajib samak kereta saya itu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak wajib untuk melaksanakan sertu ke atas kereta terpakai hanya kerana pemiliknya bukan Muslim. Islam tidak mewajibkan penyucian sesuatu barang semata-mata kerana ia digunakan oleh bukan Islam, kecuali jika ada bukti jelas terkena najis berat (mughallazah) seperti air liur anjing atau babi.

Jika ada keraguan tentang kebersihan, cukup dengan membersihkan bahagian yang dirasakan perlu menggunakan air dan sabun. Namun, jika terdapat bukti najis mughallazah, maka bahagian yang terkena najis tersebut sahaja wajib disertu (dibasuh dengan air yang bercampur dengan tanah sekali dan enam kali dengan air mutlak).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image