Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , saya nak bertanya . Majlis Agama Islam Selangor ada menyediakan perkhidmatan untuk membayar kaffarah kerana melanggar sumpah . Jadi bagaimanakah cara niat membayar kaffarah langgar sumpah ketika membayar dikaunter ? Bolehkah niat begini , "Inilah wang kaffarah yang wajib keatas diriku kerana melanggar sumpah kerana Allah taala".
Jawapan
Diharuskan membaca niat sebagaimana yang saudara nyatakan. Waalu bagaimanapun, saudara akan dibimbing untuk melafazkan dan mengesahkan perkataan akad kaffarah di kaunter Baitulmal Tingkat 10, Majlis Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.
Sekian, terima kasih.