BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. saya ada 2 soalan.

1. Seorang pekerja menguruskan proses pencarian hartanah melalui agent untuk dibeli oleh syarikat tempatnya bekerja. Pekerja tersebut tidak menjanjikan apa-apa kepada semua ejen hartanah yang berurusan dengannya dan menjalankan kerjanya secara telus dengan menyenaraikan dan melaporkan kesemua hartanah yang diterimanya kepada pihak atasan untuk proses membuat keputusan. Namun begitu, sekiranya salah satu daripada tanah itu telah diputuskan untuk dibeli oleh syarikatnya, dan pemilik tanah telah berasa gembira dan senang hati memberikan hadiah kepada pekerja tersebut setelah selesai proses pembelian, adakah hadiah tersebut halal untuk diterima oleh olehnya atau haram di sisi hukum agama?

 

2. Situasi yang sama seperti di atas, pekerja tersebut menguruskan proses pencarian hartanah melalui ejen hartanah untuk dibeli oleh syarikat tempatnya bekerja. Pegawai tersebut tidak menjanjikan apa-apa kepada semua ejen hartanah dan menjalankan kerjanya secara telus dengan menyenaraikan dan melaporkan kesemua hartanah yang diterimanya kepada pihak atasan untuk proses membuat keputusan. Namun begitu, tanah yang terpilih itu pula adalah tanah yang diuruskan oleh seorang ejen hartanah yang juga merupakan ahli keluarga pekerja tersebut. Agent tersebut telah memberikan hadiah atau membelanjakan sebahagian wangnya kepada pekerja tersebut dan semua ahli keluarganya atas dasar beliau telah memperoleh pendapatan lumayan dan ingin berkongsi dengan ahli keluarganya. Adakah hadiah yang diterima pekerja tersebut daripada ahli keluarganya itu halal? atau pekerja tersebut perlu menolak terus pemberian daripada ahli keluarganya itu kerana ia dkhuatiri haram.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Situasi Pertama: 

Sebarang penerimaan imbuhan atau tambahan daripada pihak ketiga ke atas tugasan atau pekerjaan hakiki yang dilakukan perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada majikan atau syarikat. Seandainya pihak majikan atau syarikat membenarkan, atau terdapat polisi syarikat yang membenarkan, maka imbuhan atau hadiah tersebut harus diambil dari segi syarak dan undang-undang. Seandainya pihak syarikat tidak dimaklumkan atau tidak membenarkan, maka ia boleh membawa kepada salah laku dan boleh diambil tindakkan tatatertib mahupun undang-undang.

Situasi Kedua:

Seandainya terdapat ahli keluarga yang terlibat di dalam apa-apa urusan lebih-lebih lagi yang melibatkan perolehan, perkara tersebut perlulah dimaklumkan kepada pihak majikan dan tidak dibenarkan untuk terlibat di dalam membuat pemilihan. Seandainya terdapat ahli keluarga yang memberi hadiah atau imbuhan atas pekerjaan yang dilakukan, ia tertakluk kepada pemberitahuan dan kebenaran daripada pihak majikan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pemberian itu adalah perkara biasa yang pernah berlaku di dalam keluarga sebelum daripada itu atau kebisaan yang diamalkan oleh mereka, maka ia adalah dibenarkan. 


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image