BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam,

Soalan saya, saya ingin bernikah dengan seorang gadis.Tapi ayahnya mengaku seorang penganut Syiah. Gadis yang ingin saya nikahi seorang Ahlu Sunnah.

Saya merancang untuk menikah secara senyap di Thailand kerana menurut hukum, nikah saya tidak sah berwalikan syiah. Niat saya bernikah di Thailand adalah untuk menjaga aib keluarga belah perempuan dan wali tersebut berkeras ingin menjadi wali walaupun saya nyatakan tidak sah berwalikan syiah

Kemudian, saya merancang untuk menikah semula di Malaysia secara rasmi berwalikan ayah wanita tersebut

Adakah nikah saya yang pertama di thailand sah atau terbatal jika saya mengulang nikah di Malaysia?

Apakah jalan terbaik untuk masalah ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab pertanyaan saudara, telah menjadi kelaziman bagi jurunikah atau Pendaftar Perkahwinan akan meminta wali untuk beristighfar serta melafazkan dua kalimah syahadah terlebih dahulu sebelum melaksanakan akad nikah. Ini bagi memastikan semua pihak sama ada pengantin, saksi dan wali berada dalam keadaan yang terbaik dari sudut akhlak dan akidahnya. Apabila wali yang dikatakan Syiah itu bersedia beristighfar dan melafazkan syahadatain, bermakna akidahnya sudah benar sebagaimana akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan lazimnya jurunikah akan terus menikahkan pasangan sejurus ketika itu juga dan tidak akan berlengah, ini bagi memastikan syahadataian yang dilafazkan wali itu berkekalan sehingga ijab dan qabul selesai.

Walaubagaimanapun, untuk penjelasan yang lebih lengkap dan detail, saudara boleh merujuk ke mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran untuk memohon pandangan dan khidmat nasihat. Ini kerana urusan berkaitan prosedur perkahwinan adalah di bawah bidangkuasa Pejabat Agama Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image