BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum  sy ingin bertanya berkenaan taklik...suami sy ada bertaklik klau dia chat n berzina dng mne2 perempuan dng sengaja jatuh talak 1...kat sini sy keliru bab chat tu sbb suami sy bekrja n berbisnes kira ada la chat permpuan tu kira jatuh talak ke...sbb dia chat tu xde pom ke arah nk berkenalan or berzina hnya pasal kerja sahaja sbb klau ikot talak tu dia ckp selepas kntoi dng saya n sy yg sruh dia buat ttaklit ..klau boleh  bg percerahan sedikit...sy risau status hubungan dng suami sekarang...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang ajukan, mengetahui lafaz taklik talak yang dilafazkan adalah sangat penting bagi menentukan sama ada lafaz taklik tersebut sah atau pun tidak, di samping memastikan sama ada perlanggaran taklik itu berlaku atau tidak.

Berdasarkan kenyataan yang puan berikan iaitu: "suami sy ada bertaklik klau dia chat n berzina dng mne2 perempuan dng sengaja jatuh talak 1", ia boleh menyebabkan berlaku taklik talak sekiranya suami 'chat dan berzina'. Seandainya hanya 'chat' semata-mata, maka ia tidak dianggap sebagai telah melanggar taklik talak tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian, pasangan suami isteri hendaklah mengemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah terdekat sebagai pihak yang berbidangkuasa menentukan pengesahan lafaz taklik tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image