BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, persoalan saya tentang bayaran fidyah untuk puasa yang dah diganti tapi belum bayar fidyahnya.

1. Tahun 2014 saya tinggal puasa 4 hari disebabkan haid dan saya dah ganti puasa tersebut pada tahun 2018 tapi saya belum bayar fidyah kerana kekurangan wang. 

Jadi saya nak tanya bayaran fidyah tersebut patut ikut bayaran tahun 2018 atau tahun yang latest dan bagaimana kiraannya. 

2. Tahun 2015 saya tinggal puasa 10 hari dan saya dah ganti tapi secara bertangguh, kiranya 2018 saya ganti 4 hari, 2019 saya ganti 6 hari.

Jadi saya nak tanya cara kiraan bayaran fidyah dan patut ikut bayaran tahun 2018 dan 2019 atau tahun yang latest.

 

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor Bil. 1/2001 telah memutuskan terdapat dua kaedah bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan, merujuk kepada persoalan, diringkaskan cara pengiraan fidyah seperti berikut:

1) Bayaran fidyah dengan gandaan

Tahun tinggalkan puasa 2014: 11 tahun x 4 hari x RM2 = RM88

Tahun tinggalkan puasa 2015: 10 tahun x 10 hari x RM2 = RM200

Jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM288

2) Bayaran fidyah tanpa gandaan

Gabungkan hari yang tidak puasa tahun 2014 dan 2015: 14 hari x RM2 = RM28.00

Puan juga boleh merujuk kepada kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau membuat bayaran secara atas talian di laman sesawang LZS seperti pautan berikut: 

https://fpx.zakatselangor.com.my/fpx_paynow.asp?back=yes&fidyah=ganda&processid=110510962&ordernum=FPX20250131155903110510962 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image