BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya nak bertanya perihal qadha solat.

Saya memang cukup solat 5 waktu dari mula akil baligh. Tetapi baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa solat saya selama ini tidak sah atas ada perbuatan yang saya lakukan. Saya tidak mengetahui hukumnya kecuali baru-baru ini. Adakan wajib untuk saya qadha solat-solat saya selama ini?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk persoalan puan, kesalahan atau kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja adalah dimaafkan dan tidak membatalkan solat. Solat yang terdahulu tidak perlu diqada'. Tuan perlu bertaubat atas kesalahan tersebut dan berazam untuk sentiasa mempelajari ilmu agama dengan teliti. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 17;

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah adalah bagi mereka yang melakukan kesalahan dengan sebab kejahilan kemudian dia segera bertaubat maka Allah menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  

Walau bagaimanapun, untuk ibadah solat yang akan datang perlulah dilaksanakan mengikut kefahaman yang betul. Adapun ibadah solat yang telah lalu tidak perlu diganti. Perbanyakkanlah beristighfar serta bertaubat kepada Allah SWT semoga Allah mengampun kesilapan serta jahilan kita yang lalu. Di samping itu, dalami dan pelajarilah lagi pengetahuan agama, semoga amalan kita bertepatan dengan syarak dan diterima oleh Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image