Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.saya ada masalah berkaitan dengan lintasan hati, selalu sangat berlaku sampai ke tahap kadang-kadang saya dah tak boleh bezakan sama ada itu lintasan sahaja atau benda yang memang saya fikirkan sendiri, lebih-lebih lagi kalau dalam solat. Saya selalu sangat mencarut dekat Allah, Nabi Muhammad, cakap Allah maha itu, Allah maha ini sampai saya takut saya murtad secara tidak sedar dan menyebabkan solat saya tidak sah. Soalan Saya:
1) Kalau saya biarkan je lintasan tu berada dalam pemikiran, sama ada saya sengaja fikirkan perkara tersebut ataupun bisikan syaitan, dengan syarat saya tak berpegang kepada apa yang kata-kata tu cakap, adakah saya dikira murtad? Adakan sah solat saya?
2) Kalau kita hina atau cakap buruk dekat Allah dalam hati tetapi kita tak berpegang pun kepada apa yang ada dalam isi hati atau pemikiran tu adakah saya dikira murtad?
3) Macam mana nak hentikan diri saya daripada memikirkan tentang benda berikut ataupun saya tidak layan jika kata-kata tu berada dalam pemikiran ,saya
Saya harap soalan saya ni diberikan perhatian sebab saya takut sangat-sangat sampai saya asyik ulang-ulang solat saya. saya takut jugak kalau saya hina allah dan nabi. Terima kasih
Jawapan
1) Lintasan fikiran tidak boleh membuatkan seseorang murtad atau terkeluar daripada Islam. Hal ini kerana lintasan fikiran bukanlah suatu iktiqad atau kepercayaan. Selagi tidak percaya dan berpegang dengan lintasan fikiran tersebut, selagi itu tidak dikira murtad. Walaupun begitu, lintasan fikiran yang tidak baik yang kerap muncul perlu diberikan perhatian dan dapatkan rawatan yang segera.
2) Kalau sekadar lintasan fikiran tidak membawa kepada murtad.
3) Sentiasalah berzikir dan beristighfar serta memohon kepada Allah SWT supaya dilindungi daripada gangguan waswas syaitan. Begitu juga boleh melazimi majlis-majlis ilmu dan zikir seperti sentiasa beristighfar supaya tidak kerap memikirkan lintasan tersebut. Boleh juga dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar perubatan kerana dikhuatiri lintasan fikiran yang muncul disebabkan gangguan emosi atau gangguan fikiran.
Sekian, terima kasih.