Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum
saya nak tanya...
sejadah lama yang hendak dibuang kerana koyak & lusuh...tiada gambar kaabah...hanya corak batik & bunga saja....boleh atau tidak....sekiranya saya ambil sejadah tu...dan guna sebagai pelapik kaki di dapur...
apa hukumnya ?
teruma kasih..wasalam
Jawapan
Sejadah adalah merupakan sehelai kain sebagai tempat bersujud dengan maksud lain alat untuk beribadah di dalam Islam. Merujuk kepada soalan, tidak sesuai untuk dijadikan sejadah lama sebagai alas kaki atau pelapik kaki di dapur kerana secara umumnya kita sebagai orang Islam mengetahui bahawa sejadah merupakan alat untuk beribadah.
Sekian, terima kasih.