Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
apakah hukum bagi iktikad bahawa “Allah itu bertempat” sama ada di Arash atau langit atau makan adami atau dalam alam atau luar alam atau atas alam atau bawah alam atau sekeliling alam atau di mana mana atau di semua tempat atau di alam ghaib?
Mohon pencerahan.
Jawapan
Hukum bagi sesiapa yang beriktikad Allah SWT bertempat adalah terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah. Hal ini kerana, tempat adalah makhluk. Semua perkara dan benda adalah makhluk kecuali Allah SWT. Oleh itu, alam, arasy atau apa-apa sahaja selain Allah SWT adalah makhluk. Oleh itu, mustahil Allah SWT berada di suatu tempat. Jika Allah SWT bertempat, maka menunjukkan Allah SWT memerlukan kepada makhluk. Jika Allah SWT memerlukan kepada makhluk, maka Allah SWT adalah lemah. Akan tetapi, mustahil Allah SWT lemah. Oleh itu, Allah SWT tidak bertempat. Kesimpulannya, Allah SWT itu wujud dan ada tetapi tidak bertempat.
Sekian, terima kasih.