Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam ustaz. Saya menyanyi satu lagu yang berbunyi " Bukan ku bermain cinta, dan bukan ku berpura. Akhirnya kita berpisah jua, suratan yang melanda". Sampai pada lirik " akhirnya kita terpisah jua", isteri saya lalu dihadapan saya. Pada masa yang sama datang lintasan dalam hati " aku cerai hang". Saya pun jadi terkejut. Adakah jatuh talak.
Jawapan
Berdasarkan situasi tersebut, ia adalah lintasan dalam hati sahaja. Justeru, talak tidak berlaku kerana talak memerlukan kepada melafazkannya dengan lisan atau kata-kata bagi mereka yang mampu untuk berkata-kata.
Sekian, terima kasih.