BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

suami saya kata kat saya kalau kau keluar rumah tak pakai tudung ni kau nak jadi janda ke?

adakah kalau saya keluar tidak memakai tudung akan jatuh talak taklik ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Lafaz suami puan tersebut adalah lafaz yang berbentuk kenyataan dan tidak ada kaitan dengan talak sama ada talak yang sorih atau kinayah. Mungkin lafaz itu diungkapkan sebagai satu peringatan atau amaran atau sebagai gambaran rasa marah suami terhadap isterinya. Lafaz itu mungkin menyatakan bahawa kalau isteri tidak mahu mengikut arahan beliau, maka suami itu boleh atau mampu untuk menceraikan isterinya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image