BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,saya nak Tanya jika saya ada masalah angin yang agak teruk,selalu keluar angin ketika solat sampai saya ambil air sembahyang kerap sekali,bagaimana caranya untuk saya bertahan tidak mengeluarkan angin,Dan jika lebih 3 Kali saya mengambil air sembahyang,saya teruskan saja solat walaupun angin masih keluar.mohon pencerahan ustaz adakah sah solat saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kaedah bersuci puan perlu mengikut kaedah orang yang mengalami kencing tidak lawas atau wanita istihadhah. Kaedahnya adalah seperti berikut:

  • Membasuh dan menyucikan kemaluan daripada najis.

  • Memakai tuala wanita bagi menghalang agin daripada keluar.

  • Berwuduk dengan niat untuk mengharuskan fardhu solat dengan lafaz

                               نويت الوضؤ لاستباحة الصلاة لله تعالى

          Maksudnya : Sahaja aku berwuduk untuk mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala.

  • Wuduk yang diambil hanya sah untuk satu waktu solat fardu dan beberapa solat dan amalan sunat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image