BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Apa yang patut dilakukan jika terlupa satu rukun dalam solat, contoh:

Semasa solat zohor, pada rakaat pertama telah tertinggal sujud yang kedua dan terus bagun sehingga ke rakaat yang ketiga baru sedar. Apa yang patut dilakukan?

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya menyedari tertinggal sujud yang kedua (pada rakaat pertama) dalam waktu sedang solat di rakaat ketiga, maka hendaklah menambah 1 rakaat lagi bagi menggantikan rakaat yang tidak sempurna kerana tertinggal rukun sujud, dan setelah selesai bacaan tahiyyat akhir iaitu sebelum salam, perlulah melakukan sujud sahwi untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat disebabkan terlupa.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image