BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya ada berjalan di pantai..banyak anjing ada dekat pantai masa tu..semasa sy berjalan saya ada ternampak najis..saya tidak pasti najis apa..tapi saya yakin macam najis anjing sebab hanya anjing yg berkeliaran di situ..macam mana saya nak kenal pasti najis itu najis apa..adakah saya kena sertu kalau terpijak najis yang saya tidak pasti najis anjing atau kucing..saya was was tentang najis tu..andai kata kalau najis tu berpindah dari kasut saya ke tempat lain adakah saya kena sertu barang lain?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika sekadar melihat najis di pantai dan lalu di sebelahnya tanpa memijak najis tersebut, maka ia tidak mewajibkan untuk dibasuh atau disertu.  

Seandainya terpijak najis, namun tidak dapat dipastikan ia najis apa, maka memadai dengan membasuh dan menyuci sehingga hilang bau, warna dan rasa, tanpa perlu menyertunya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image